Wednesday 12 September 2012

Ini Bukan Perkara Boleh Diambil Ringan !


sumber dari google

mahabbahhomestay.blogspot.com

Assalamualaikum..nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Ladang. (11/09/2012)

- Kitab Jihazul Madihah -


" Jika ditanam akan mayat ditempat yg berair dan mayat itu belum hancur lagi maka hendaklah dialih.."


1. Tidak boleh tanam mayat ditempat yg selalu ditenggelami air bimbang jika tanah ditempat itu terhakis atau roboh.Walaupun di tempat itu kering pada musim panas,haram tanam di situ..jika telah ditanam wajib dibongkar,jika tak dibongkar berdosa bg masyarakat di situ.

2. Dosa datang dari pelbagai sudut..ada yg dpt dosa kerana ingkar hukum Allah,ada yg berdosa kerana derhaka pada ibubapa serta suami dan ada yg dapat dosa dan diazab kerana kebumikan mayat dgn cara yg tak betul..ramai yg dpt dosa disebabkan kubur..!

3. Pemerintah juga akan ditanya dan diazab jika tak ambik peduli tentang kubur..biarkan rakyatnya sesuka hati kebumi jenazah.

4. Habis jadi sesat belake,tgk dari kelek sejadah pegi sembahyang teraweh serung!tp time org mari ajar hukum hakam tak gi,pahtu duk pertikai ape yg ustaz2 bagitahu tentang hukum,bodo ke cerdik!

5. Haram alih mayat dlm kubur tanpa sebab yg telah digariskan,tak boleh sesuka hati nak alih!

6. Orang Islam terbahagi kepada dua golongan,satu mukmin dan satu lg munafik!tolak hukum islam,time org puasa dia puasa,time raya dia raya!!mukmin yg baik adalah yg menerima semua hukum walaupun dia bkn seorang yg alim.

7. Bagi kubur org biasa jika mayat didalamnya telah hancur menjadi tanah tak salah utk tanam mayat yg baru diatasnya ataupun nak bina binaan diatasnya.

8. Sunat kebumikan jenazah yg bersaudara di satu tempat tanah perkuburan,kerana ia memudahkan ahli keluarga utk ziarah.

9. Ada orang yg kata tak boleh ucap takziah pada saudara si mati kerana ikut mcm org kafir,kalau tak tau hukum diam je la,belajar dulu bab ni..ucap takziah ni adalah sunnah Rasulullah s.a.w.,yg dilarang ulama adalah cara memberi ucapan takziah yg menyerupai orang kafir.

10. Sunat juga ucap takziah jika ditimpa musibah,ucaplah "innalillah" ketika ada org yg ditimpa musibah. Jgn ingat jika berlaku kematian je,ucaplah walaupun ketika tercucuk selumbar yg kecil.

11. Bab agama tak boleh kalau kite nak fikir ikut logik akal,jgn tunjuk pandai,belajar dulu biar faham.

12. Pandai-pandai pegi pertikai ustaz2 atau guru agama yg mengajar kate tak boleh sebut perkataan "menyembah Tuhan"..sama mcm org kafir sembah berhala..acu mu tgk org kafir mkn nasik,sama tak dgn cara mu mkn nasik??mu isap nasik ngan straw la kalau tak nak sama!!

13. Takziah adalah menyuruh seseorang yg ditimpa musibah itu bersabar..ucapan berpahala yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. utk kita semua.

14. Byk ucapan-ucapan yg diajarkan Nabi utk kita,dgn lafaz yg b'macam-macam,tp kita ni tak tau nak sebut ape..sebabnye kita ni tak gi belajar..tak baca buku,jauhnya kita ni dgn ilmu..tp berasa pandai semacam!!.

15. Mendoakan mayat juga t'masuk dlm takziah utk mayat itu sendiri,bacalah doa "maghfirah" utk si mati..ni gop kalu gi ziarah orang mati padan sembang je!!


------------------------------------------------------


- Soal Jawab Agama -


1) Betul ke simpanan ASB ada unsur riba?

- Panel syariah mengatakan ada unsur riba dlm ASB,selepas itu panel syariah berselisih pendapat tentang ini..sekarang dah dikira harus hukumnya,siapa nak pakai pandangan pertama silakan dan siapa nak pakai pandangan skrg pun boleh teruskan.


2) Keje kat hotel bajet,bila ada couple nak menginap saya tak bg,bagaimana jika couple bkn islam?

- jika kita tak tau couple bkn islam itu dah kawin ke belum dan benarkannya menginap hukumnya harus,blk pada sangka baik.


3) Ada 2 anak yg masih kecil,bini keje jauh,nak hantar kat pengasuh tak yakin..jd saya jaga anak-anak,bagaimana dgn solat jumaat saya?adakah perlu saya bwk anak ke masjid atau tak apa jika saya tak pergi solat jumaat?

- jika tak membawa mudarat blh bwk anak pegi masjid,jika mudarat,hukumnye harus jika tak pegi atas alasan m'jaga harta..tp jgnlah selalu tak pegi solat jumaat.


4) Hukum telefon ada aplikasi surah Al-Quran,blh sentuh tanpa wuduk tak?

- jika ketika kita bukak aplikasi tu tak boleh la sentuh ayat Quran tanpa wuduk,pegang telefon takpe..bile kita tutup aplikasi tu boleh je kita bwk masuk telefon ke dlm tandas..


5) Cara solat jenazah paling mudah?

- Takbir dan niat "aku solat ke atas jenazah ini dgn 4 takbir kerana Allah Taala",baca Al-Fatihah..selepas tu takbir dan selawat keatas Nabi,takbir ketiga doa keatas mayat..dan takbir yg terakhir bg salam..senang je,tp jgn mu rukuk pulak!


6) Hukum pijak tulisan Arab?

- tak salah jika tiada kalimah Allah.


7) Berapa nilai dan timbangan emas yg blh dipakai pada tubuh?

- berat dan nilai sentiasa berubah setiap masa..bg org biasa nilainya lebih kurang 5ribu ringgit yg boleh pakai pada tubuh,jgn pakai byk-byk la,bahaya..sikit-sikit sudahla.


8) Suami jatuhkan talak pada isteri dgn ditulis pada kertas atau sms?

- jwbnye kena tgk dulu,jatuh talak jika si suami itu bisu..jika suami boleh b'kata-kata tak jatuh,sms dan tulisan hanya isyarat,bknnya lafaz.


9) Hukum talakkan isteri dpn kawan?

- hukumnya jatuh jika b'lafaz.


10) Kwn cabar jika saya lulus periksa dia nk belanja mkn,dan jika dia yg lulus saya pun kena blanje dia mkn?

- Jika masing-masing b'taruh maka judilah namanya..jika hanya dari sebelah pihak tak dikira judi.


11) Hukum kerat bulu roma yg panjang bg lelaki?

- haram jika niat nak licin mcm perempuan,jika hanya utk rapikan makruh..


12) Keje dgn org kafir yg tak benarkan solat?

- wajib b'henti,berdosa kalu keje jugak!


13) Bekerja sbagai pegawai narkotik,ape hukum jika upah penagih dgn dadah sebab nak dptkan maklumat nak tangkap pengedar dadah?

- boleh upah..tp jgnlah dgn dadah,bg duit.


14) Terbace dari satu sumber yg mengatakan org yg b'ckp ketika azan susah nak mengucap bila nak mati?

- takde nas atau hadis yg b'kata begitu,makruh bercakap-cakap,sunat jwb atau diam jika azan dilaungkan.


15) Kawan saya sengau,selalu ketawa bila dgr dia mengaji..takde niat nak hina dia,tak tahan sgt..ape hukumnya?

- kalau p'tama kali dgr mmg la kita akan suka,tp jgn la selalu sgt mu duk suka time dia ngaji..kalu tak boleh tahan mu lari je la.


16) Hukum perempuan yg tlh kwin pakai inai,dan tunjuk kat bkn mahram?

- inai dan pewarna kuku boleh bg isteri pakai dgn tujuan nak paparkan pada suami,dilarang tunjuk pada lelaki ajnabi..wajib pakai sarung tgn bila keluar rumah.


17) Hukum merisik suami org?

- hukumnya boleh utk mengenali,sbb islam benarkan poligami..suami blh kawin lebih dari satu,kalu tak kenal mcm mane nk kawin..takkan nak kawin terus gitu je.

Wallahua'lam..sama-sama kita sebarkan ilmu ini agar semua dapat manfaat bersama.

sumber : laman facebook

No comments:

Post a Comment