Sunday 3 May 2015

TOYOTA AVANZA UNTUK DIJUAL 1.3 (2005)


Assalamualaikum..

[SOLD] [SOLD] [SOLD]
Hai semua rakan blogger dan seluruh rakyat Malaysia yang membaca blog saya ini..

Kali ini saya ingin niaga sebuah kenderaan milik bapak saye.. oleh kerana sukar untuk mengiklankan di dalam Mudah.my saya buka kembali blog ini yang telah lama menyepi bagi memenuhi niat bapaku untuk menjual kereta miliknya itu..

Kereta keluaran Toyota dan merupakan sebuah MPv yang diservis di pusat servis kereta Toyota sepanjang penggunaannya

SEBUAH TOYOTA AVANZA  1.3cc

Kereta ini didaftarkan pada tahun 2005 di Terengganu. plat  > TAK 2*5<
DIJUAL PADA HARGA RM 20 000.00
CASH MONEY ONLY.
URGENT SALE...













Sebarang pertanyaan sila menghubungi En.Rosli di talian 019-9599215

Wednesday 12 September 2012

Solat Itu Tiang Agama


SYARAT-SYARAT SOLAT

Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.

SYARAT WAJIB SOLAT

Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. 

Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

4. Suci daripada haidh dan nifas.

5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.

6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT

Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya. 

Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:

1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

4. Menutup aurat.

5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).


Ini Bukan Perkara Boleh Diambil Ringan !


sumber dari google

mahabbahhomestay.blogspot.com

Assalamualaikum..nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Ladang. (11/09/2012)

- Kitab Jihazul Madihah -


" Jika ditanam akan mayat ditempat yg berair dan mayat itu belum hancur lagi maka hendaklah dialih.."


1. Tidak boleh tanam mayat ditempat yg selalu ditenggelami air bimbang jika tanah ditempat itu terhakis atau roboh.Walaupun di tempat itu kering pada musim panas,haram tanam di situ..jika telah ditanam wajib dibongkar,jika tak dibongkar berdosa bg masyarakat di situ.

2. Dosa datang dari pelbagai sudut..ada yg dpt dosa kerana ingkar hukum Allah,ada yg berdosa kerana derhaka pada ibubapa serta suami dan ada yg dapat dosa dan diazab kerana kebumikan mayat dgn cara yg tak betul..ramai yg dpt dosa disebabkan kubur..!

3. Pemerintah juga akan ditanya dan diazab jika tak ambik peduli tentang kubur..biarkan rakyatnya sesuka hati kebumi jenazah.

4. Habis jadi sesat belake,tgk dari kelek sejadah pegi sembahyang teraweh serung!tp time org mari ajar hukum hakam tak gi,pahtu duk pertikai ape yg ustaz2 bagitahu tentang hukum,bodo ke cerdik!

5. Haram alih mayat dlm kubur tanpa sebab yg telah digariskan,tak boleh sesuka hati nak alih!

6. Orang Islam terbahagi kepada dua golongan,satu mukmin dan satu lg munafik!tolak hukum islam,time org puasa dia puasa,time raya dia raya!!mukmin yg baik adalah yg menerima semua hukum walaupun dia bkn seorang yg alim.

7. Bagi kubur org biasa jika mayat didalamnya telah hancur menjadi tanah tak salah utk tanam mayat yg baru diatasnya ataupun nak bina binaan diatasnya.

8. Sunat kebumikan jenazah yg bersaudara di satu tempat tanah perkuburan,kerana ia memudahkan ahli keluarga utk ziarah.

9. Ada orang yg kata tak boleh ucap takziah pada saudara si mati kerana ikut mcm org kafir,kalau tak tau hukum diam je la,belajar dulu bab ni..ucap takziah ni adalah sunnah Rasulullah s.a.w.,yg dilarang ulama adalah cara memberi ucapan takziah yg menyerupai orang kafir.

10. Sunat juga ucap takziah jika ditimpa musibah,ucaplah "innalillah" ketika ada org yg ditimpa musibah. Jgn ingat jika berlaku kematian je,ucaplah walaupun ketika tercucuk selumbar yg kecil.

11. Bab agama tak boleh kalau kite nak fikir ikut logik akal,jgn tunjuk pandai,belajar dulu biar faham.

12. Pandai-pandai pegi pertikai ustaz2 atau guru agama yg mengajar kate tak boleh sebut perkataan "menyembah Tuhan"..sama mcm org kafir sembah berhala..acu mu tgk org kafir mkn nasik,sama tak dgn cara mu mkn nasik??mu isap nasik ngan straw la kalau tak nak sama!!

13. Takziah adalah menyuruh seseorang yg ditimpa musibah itu bersabar..ucapan berpahala yg diajarkan oleh Nabi s.a.w. utk kita semua.

14. Byk ucapan-ucapan yg diajarkan Nabi utk kita,dgn lafaz yg b'macam-macam,tp kita ni tak tau nak sebut ape..sebabnye kita ni tak gi belajar..tak baca buku,jauhnya kita ni dgn ilmu..tp berasa pandai semacam!!.

15. Mendoakan mayat juga t'masuk dlm takziah utk mayat itu sendiri,bacalah doa "maghfirah" utk si mati..ni gop kalu gi ziarah orang mati padan sembang je!!


------------------------------------------------------


- Soal Jawab Agama -


1) Betul ke simpanan ASB ada unsur riba?

- Panel syariah mengatakan ada unsur riba dlm ASB,selepas itu panel syariah berselisih pendapat tentang ini..sekarang dah dikira harus hukumnya,siapa nak pakai pandangan pertama silakan dan siapa nak pakai pandangan skrg pun boleh teruskan.


2) Keje kat hotel bajet,bila ada couple nak menginap saya tak bg,bagaimana jika couple bkn islam?

- jika kita tak tau couple bkn islam itu dah kawin ke belum dan benarkannya menginap hukumnya harus,blk pada sangka baik.


3) Ada 2 anak yg masih kecil,bini keje jauh,nak hantar kat pengasuh tak yakin..jd saya jaga anak-anak,bagaimana dgn solat jumaat saya?adakah perlu saya bwk anak ke masjid atau tak apa jika saya tak pergi solat jumaat?

- jika tak membawa mudarat blh bwk anak pegi masjid,jika mudarat,hukumnye harus jika tak pegi atas alasan m'jaga harta..tp jgnlah selalu tak pegi solat jumaat.


4) Hukum telefon ada aplikasi surah Al-Quran,blh sentuh tanpa wuduk tak?

- jika ketika kita bukak aplikasi tu tak boleh la sentuh ayat Quran tanpa wuduk,pegang telefon takpe..bile kita tutup aplikasi tu boleh je kita bwk masuk telefon ke dlm tandas..


5) Cara solat jenazah paling mudah?

- Takbir dan niat "aku solat ke atas jenazah ini dgn 4 takbir kerana Allah Taala",baca Al-Fatihah..selepas tu takbir dan selawat keatas Nabi,takbir ketiga doa keatas mayat..dan takbir yg terakhir bg salam..senang je,tp jgn mu rukuk pulak!


6) Hukum pijak tulisan Arab?

- tak salah jika tiada kalimah Allah.


7) Berapa nilai dan timbangan emas yg blh dipakai pada tubuh?

- berat dan nilai sentiasa berubah setiap masa..bg org biasa nilainya lebih kurang 5ribu ringgit yg boleh pakai pada tubuh,jgn pakai byk-byk la,bahaya..sikit-sikit sudahla.


8) Suami jatuhkan talak pada isteri dgn ditulis pada kertas atau sms?

- jwbnye kena tgk dulu,jatuh talak jika si suami itu bisu..jika suami boleh b'kata-kata tak jatuh,sms dan tulisan hanya isyarat,bknnya lafaz.


9) Hukum talakkan isteri dpn kawan?

- hukumnya jatuh jika b'lafaz.


10) Kwn cabar jika saya lulus periksa dia nk belanja mkn,dan jika dia yg lulus saya pun kena blanje dia mkn?

- Jika masing-masing b'taruh maka judilah namanya..jika hanya dari sebelah pihak tak dikira judi.


11) Hukum kerat bulu roma yg panjang bg lelaki?

- haram jika niat nak licin mcm perempuan,jika hanya utk rapikan makruh..


12) Keje dgn org kafir yg tak benarkan solat?

- wajib b'henti,berdosa kalu keje jugak!


13) Bekerja sbagai pegawai narkotik,ape hukum jika upah penagih dgn dadah sebab nak dptkan maklumat nak tangkap pengedar dadah?

- boleh upah..tp jgnlah dgn dadah,bg duit.


14) Terbace dari satu sumber yg mengatakan org yg b'ckp ketika azan susah nak mengucap bila nak mati?

- takde nas atau hadis yg b'kata begitu,makruh bercakap-cakap,sunat jwb atau diam jika azan dilaungkan.


15) Kawan saya sengau,selalu ketawa bila dgr dia mengaji..takde niat nak hina dia,tak tahan sgt..ape hukumnya?

- kalau p'tama kali dgr mmg la kita akan suka,tp jgn la selalu sgt mu duk suka time dia ngaji..kalu tak boleh tahan mu lari je la.


16) Hukum perempuan yg tlh kwin pakai inai,dan tunjuk kat bkn mahram?

- inai dan pewarna kuku boleh bg isteri pakai dgn tujuan nak paparkan pada suami,dilarang tunjuk pada lelaki ajnabi..wajib pakai sarung tgn bila keluar rumah.


17) Hukum merisik suami org?

- hukumnya boleh utk mengenali,sbb islam benarkan poligami..suami blh kawin lebih dari satu,kalu tak kenal mcm mane nk kawin..takkan nak kawin terus gitu je.

Wallahua'lam..sama-sama kita sebarkan ilmu ini agar semua dapat manfaat bersama.

sumber : laman facebook

Friday 7 September 2012

Mahabbah Homestay at Jln Kelantan , Kuala Terengganu (murah2 jee)

Mahabbah Homestay terletak di Taman Desa Solehah , Padang Air , Kuala Terengganu .





 

Rumah teres dua tingkat 4 bilik , 3 bilik air .
semua bilik dilengkapi kipas syiling .
bilik utama dilengkapi pendingin udara , bilik air , katil queen , almari baju .

Turut disediakan :-

dapur gas , kelengkapan memasak , peti ais , periuk nasi , mesin basuh , iron baju ,      television , dan tuala ( tilam dan bantal tambahan disediakan atas permintaan ).




Jarak ke tempat - tempat yang menarik :-

- 05 minit berjalan ke restoran berdekatan
- 10 minit ke lebuh raya pantai timur
- 10 minit ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud
- 15 minit ke pusat bandar Kuala Terengganu
- 15 minit ke UNISZA , UMT , ILP
- 10 minit ke Stadium tertutup Gong Badak
- 15 minit ke masjid kristal ( TTI )

Check in pada 12.00 tengah hari
Check out pada 2.00 petang hari berikutnya

Details :-
  • No. Tel : 013-9397650 ( Puan Anita )
  • No. Tel : 019-4711656 ( Cik Najihah )
  • rent rate for 1 day 1 night : RM 200
Address : No 28756
               Taman Desa Solehah ,
               Padang Air ,
               21060, Kuala Terengganu
               Terengganu

Map



http://goo.gl/maps/TeW4c







What So Yummy ! !


This can be my favorite food ! *nasi bukhari > my ummi cuisine .

Hari ni ummi saye masak masakan yg lain daripada biasa iaitu nasi bukhari .. its so delicious . sampai rase nak tambah aje . bukan sahaje nasi bukhari , air pun saya tak pernah rase sebelun ini .. Air dragon fruit - fresh dari ladang .haha. tak tahu care buat air tu camne . datang2 je dah siap dihidang . 



kuah kari + ayam panggang + acar tomato & timun

so , perut pun dah kenyang . hati pun dah senang . datang laa rase malas campur nak tidur & kebetulan pulak lapas jumaat tadi hujan dekat sini .ape lagi ..bak kate papatah yg berbunyi : bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal . sampai petang laa jawabnye : hehehe : zzzzzzzzzz . 



Thursday 6 September 2012

Hargailah Ibu Anda




“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa-.-

Inilah Wasiat Imam Hassan Al-Bana


1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.


2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.


4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.


9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.


10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.